Bismillah
Assalamualaikum semua para pembaca?
Apa khabar semua pada hari ini? Di harap semuanya sentiasa sihat, ceria, dan penuh dengan motivasi. Hari ini saya nak cerita mengenai tips bijak mengurus kewangan.
Sekarang ni, kalau lihat berlumba-lumba orang nak jadi kaya. Ye, memang tak ada masalah nak jadi kaya. Malahan, dengan kekayaan in shaa Allah kita boleh membantu lebih ramai orang lagi. Menjadi kaya juga merupakan satu saranan dalam agama, kalau tak takde lah kata-kata, "tangan memberi lebih baik dari tangan menerima".
Tapi sebelum kita tergesa-gesa menyimpan atau membuat pelbagai jenis investment hartanah, emas, saham dan sebagai nya, mari kita semak checklist ini;
1. Adakah anda "live pay cheque by pay cheque"?
2. Adakah anda mempunyai emergency fund?
3. Adakah anda mempunyai perlindungan takaful?
Living paycheck by pay cheque.
Dalam erti kata lain, setiap kali gaji anda masuk, akhir bulan gaji anda habis di gunakan untuk keperluan serta gaya hidup anda. Perkara ini sangatlah merbahaya kerana ini menandakan bahawa anda sangat bergantung pada gaji anda semata-mata untuk menampung gaya hidup anda. Start small, even if it means keeping RM50 per month, start small. Always revise our lifestyle. Contoh, kalau kita kaji dan mendapati lebih 50% dari duit gaji hanyalah untuk makan luar, maka ini adalah red alert! berbelanjalah secara bijak, kurangkan makan luar dan berjimat untuk masa depan!
Emergency Fund
Tujuan emergency fund adalah untuk kita bersedia menghadapi sesuatu perkara yang tak dijangka.Well, life happens. Boleh jadi satu hari company ada masalah kewangan, kena kurangkan pekerja, maka kita sedar-sedar takde kerja dah! Di sini lah emergency fund memainkan peranan yang sangat penting. Things happen. Lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan
Perlindungan Takaful
Ya,tak dinafikan ramai yang skeptikal dengan perlindungan takaful. Seolah-olah orang yang mahu mendapatkan perlindungan takaful adalah mereka yang tidak berdikari dan tidak mampu! Anda salah! Sebenarnya, orang yang mendapatkan perlindungan takaful adalah orang yang amat bijak. Things happen in life unexpectedly. Kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada esok hari. Maka perlindungan takaful, menyediakan anda untuk be ready. Terdapat banyak perlindungan takaful di pasaran sebagai contoh medical card, perlindungan cacat,kemalangan dan sebagainya
Satu contoh, tiba-tiba pada satu hari kita sakit teruk, tak mampu bekerja. Siapa yang mahu menjaga kita? Siapa yang mahu menyara kita? Maka bertindak bijaklah! lindungi diri anda dengan mengambil plan takaful yang bersesuaian!
Ulasan saya untuk ketiga-tiga perkara tersebut hanyalah pada amnya sahaja! Bertindak secara bijak. Jangan kita menjadi seperti peribahasa "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". Jika anda tidak mempunyai perlindungan takaful, jika anda tiada emergency fund dan jika anda masih hidup pay cheque by pay cheque, jangan kalut! Jangan tergesa-gesa membuat pelaburan biarpun anda rasa peluang itu hanyalah sekali! Biarkan peluang itu berlalu kerana anda harus melindungi diri anda terlebih dahulu!
Wallahu'alam. Hanyalah pendapat kerdil saya.
Untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan, hubungi saya.
Hubungi saya
khodijahfatonah.rom@gmail.com
018-9598370
Abdul Azim Mad Diah
013-4086621
Abdul Azim Mad Diah
013-4086621
Free consultation and need-based analysis
No comments:
Post a Comment