Wednesday, 8 April 2015

Melayu dan Pelan Takaful

Assalamualaikum,


Setuju ke tak kalau saya kata golongan Melayu masih kurang kesedaran terhadap pengurusan kewangan yang bijak?


Contohnya meletakkan duit ke tempat yang betul seperti perlindungan takaful dan simpanan?

Sebagai bukti, saya kepilkan keratan akhbar di bawah;


Melayu - Kurang kesedaran terhadap perlindungan takaful 

Sedih, sebab kita sama-sama mahu kaya dan berjaya. Tapi bila kita kena commit untuk kesihatan sendiri, kita sendiri tolak.

Sama-sama kita fikirkan

Perunding Takaful ANDA!

Abdul Azim Mad Diah
0134086621

Cukai Pendapatan dan Anda

Assalamualaikum,

Cerita kali ini adalah mengenai cukai. Ooops bukan GST ye, tapi Cukai Pendapatan. (Income Tax).
First and foremost, nak cerita tentang bagaimana cukai ini akan dikira dari gaji anda.

Taksiran Cukai Malaysia 2015



Ok, jadi apa caranya nak tahu berapa jumlah cukai yang perlu dibayar?


Situasi A:

Ali seorang eksekutif muda.Gaji bulanan adalah sebanyak RM 3500. Caruman KWSP oleh Ali adalah sebanyak 11%. Ali masih bujang dan tinggal sendirian.

Cara pengiraan cukai secara kasar;

Gaji tahunan Ali: RM 3500 x 12 = RM 42, 000
Caruman tahunan KWSP Ali : RM 4, 620

Jumlah pendapatan tahunan tolak caruman tahunan KWSP = RM 37,380

Berdasarkan carta di atas, jumlah cukai yang harus di bayar ialah seperti berikut;

First RM 35,000 = RM 900

+

Baki gaji bercukai = RM 37,380 - RM 35,000 = RM 2,380 , Cukai = 10% x  RM 2,380 = RM 238

Jumlah cukai = RM 1138



Perhatikan jumlah cukai yang akan dikenakan terhadap Ali ialah RM 1138. Tetapi, ada banyak lagi tax rebate yang boleh diambil kira dalam pembayaran cukai;




So, sekarang ni nak tahu bagaimana mahu mengurangkan cukai dan seterusnya menguntungkan anda??

Tunggu next post!

Takaful Consultant ANDA!


Abdul Azim Mad Diah
0134086621





Monday, 2 March 2015

Soal Jawab Takaful

[Soal jawab Takaful] 

Assalamualaikum semua

Maaf atas sedikit kelewatan atas faktor kekangan masa. Seperti yang dijanjikan, saya akan menjawab some of the common question about takaful in general.

Kebiasaannya orang kebanyakan memahami secara amnya mengenai insurans tetapi tidak mengenai takaful.

Takaful dalam bahasa ringkas serta maksud yang mudah difahami adalah 'islamic insurance'. 

Konsep takaful ialah satu konsep tolong-menolong di antara ahli di dalam sesebuah kumpulan. Sebagai contoh, saya pasti ramai yang mengetahui mengenai khairat kematian. 

Khairat kematian- satu konsep di mana ahli kariah masjid sama-sama menyumbang sejumlah wang pada setiap bulan/tahun dan wang tersebut akan dikumpulkan. Sekiranya ada ahli kariah meninggal dunia, sejumlah wang dari hasil kutipan sumbangan akan disumbangkan kepada ahli keluarga tersebut.

Khairat kematian merupakan satu contoh mikrotakaful yang terbaik. Kenapa saya katakan ianya mikro? Sebab ianya melibatkan kumpulan-kumpulan yang kecil. 

Takaful perubatan/medical card takaful merupakan satu scheme tolong menolong di mana peserta sama-sama menyumbang dan membantu satu antara sama lain pada waktu-waktu kritikal khususnya pada waktu di landa musibah kesihatan. 

Dalam skala yang lebih besar, syarikat takaful merupakan wakil dan badan yang bertanggungjawab menjaga hasil sumbangan para peserta. Oleh itu, sejumlah yuran akan dicaj kepada para peserta sebagai bayaran pengurusan wang sumbangan. Dalam bahasa arab, perkara ini disebut sebagai wakalah. 

Terdapat banyak plan takaful. Antaranya; 

1. Plan takaful investment linked
2. Plan takaful traditional

Plan takaful investment linked adalah plan yang perlindungan + pelaburan di mana pelaburan tersebut tertumpu pada dana-dana besar. 

Plan takaful traditional pula kebiasaannya menumpukan pada perlindungan dengan sedikit unsur pelaburan terhadap pelaburan risiko rendah seperti bond. 

Kebiasaanya return pelaburan takaful investment linked adalah jauh lebih besar dari return pelaburan traditional. 

Plan takaful juga boleh dikhusukan untuk beberapa perkara seperti pendidikan, kesihatan, persaraan, pelupusan hutang, serta penggantian pendapatan malahan ada juga menawarkan skim haji. 

Terdapat beberapa konsep di dalam takaful secara amnya; 

✅Ko takaful - perkongsian bil antara peserta takaful dan syarikat takaful. Sebagai consumer, kita mahukan ko-takaful yang paling rendah. 

✅Tempoh menunggu - tempoh sebelum peserta boleh menggunakan medical card atau membuat sebarang tuntutan. ( Untuk penyakit yang tidak kritikal - sebulan, untuk penyakit critical - 4 bulan)   

✅Shariah compliance - Dalam bahasa melayu di sebut patuh syariah di mana syarikat tersebut mempunyai badan syariah yang memantau aktiviti syarikat dari sebarang perkara yang bertentangan dengan syariah. (Highly regulated by bank negara malaysia) 

Antara syarikat takaful di malaysia adalah Great Eastern Takaful, PRUBsn, AIA-AFG, Takaful Ikhlas dan macam-macam lagi. 

Harapnya coretan saya mampu menambah kefahaman pembaca terhadap takaful. 

In shaa Allah next topic;

1⃣Cara memilih pelan bijak
2⃣Perbandingan antara skim insurans company dan  takaful individu
3⃣Contoh pelan takaful


In shaa Allah until next time, 

Menulis bukan sekadar suka-suka, menulis untuk memBIJAKkan anak bangsa 

Abdul Azim Mad Diah
Islamic Financial Consultant

Thursday, 8 January 2015

Understanding Housing Loan: Power Hartanah

Assalamualaikum

Anda salah satu dibawah??
✅ Sudah mempunyai rumah TAPI masih dimiliki oleh bank sbb belum habis bayar
✅Sedang menunggu kelulusan pinjaman dari pihak bank
✅Baru merancang ingin punya hartanah/rumah sendiri, penat dah menyewa
✅Yg ingin menambah atau menjadikan rumah sebagai Asset Asset bukan Rumah/Asset Liabiliti

Jom hadir ke bengkel ini.
đź’ťApa yg akan anda pelajari:

✅Bagaimana memilih "Pakej Pinjaman Perumahan" yg terjamin
✅Cara memilih "Faedah Pinjaman Bank yg Terendah" (Interest vs BLR)
✅ Teknik "Memendekkan Tempoh Pinjaman"
✅Keuntungan membuat "Refinance"
✅Cara mengelakkan "Rumah kena Lelong"
✅Cara mengetahui dan memahami apa yg terkandung dlm Letter Offer (LO) yg telah anda sign (lagi2 yg main tenyeh initial every page tu)-utk yg sudah memiliki rumah.
✅ MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT

✏Note: Digalakkan untuk membawa Letter Offer (LO) bg yg ada.

Yg berminat boleh booking tempat kerana tempat adalah TERHAD.

~Special gift utk 15org pertama!!

#IezaYusofConsultancy
#PowerHartanah

Azim

Thursday, 1 January 2015

7 Biggest Money Mistakes College Grads Make (US News)


Assalamualaikum,

Artikel 7 Biggest Money Mistakes College Grads Make hasil nukilan Kimberly Palmer adalah suatu "guide" ringkas yang boleh di aplikasikan oleh semua pihak terutamanya "young graduates" or "young professional".

Antara ringkasan dari artikel tersebut adalah seperti di bawah;

1. Taking on too much debt or too little (Mengambil terlalu banyak hutang atau terlalu sedikit)

Confusing? Hm.

Secara ringkasnya point tersebut menerangkan bahayanya mengambil hutang yang terlalu banyak lagi-lagi pada golongan muda- Kenapa? Sebabnya adalah sebagai contoh jika kita pada peringkat awal telah mengambil personal loan, dengan kadar interest  yang tinggi,bukankah ini merugikan kerana pembayaran interest  merupakan kebocoran pada wang anda! Dan jika tersalah langkah,beban hutang tersebut akan memakan diri. Silap hari bulan boleh bankrap! Oh no!

Taking too litlle debt - Konteks ini adalah merujuk kepada hutang yang perlu sebagai contoh PTPTN. Just imagine, keengganan mengambil PTPTN dan pada masa yang sama tidakmempunyai wang yang cukup untuk membiayai pendidikan boleh menjadi satu halangan besar kepada individu untuk add value terhadap diri sendiri.

Key point di sini adalah kita harus bijak dalam perancangan hutang kita supaya ianya tidak memakan diri!


Rujukan: http://money.usnews.com/money/personal-finance/articles/2011/05/04/7-biggest-money-mistakes-college-grads-make