Cerita kali ini adalah mengenai cukai. Ooops bukan GST ye, tapi Cukai Pendapatan. (Income Tax).
First and foremost, nak cerita tentang bagaimana cukai ini akan dikira dari gaji anda.
| Taksiran Cukai Malaysia 2015 |
Ok, jadi apa caranya nak tahu berapa jumlah cukai yang perlu dibayar?
Situasi A:
Ali seorang eksekutif muda.Gaji bulanan adalah sebanyak RM 3500. Caruman KWSP oleh Ali adalah sebanyak 11%. Ali masih bujang dan tinggal sendirian.
Cara pengiraan cukai secara kasar;
Gaji tahunan Ali: RM 3500 x 12 = RM 42, 000
Caruman tahunan KWSP Ali : RM 4, 620
Jumlah pendapatan tahunan tolak caruman tahunan KWSP = RM 37,380
Berdasarkan carta di atas, jumlah cukai yang harus di bayar ialah seperti berikut;
First RM 35,000 = RM 900
+
Baki gaji bercukai = RM 37,380 - RM 35,000 = RM 2,380 , Cukai = 10% x RM 2,380 = RM 238
Jumlah cukai = RM 1138
Perhatikan jumlah cukai yang akan dikenakan terhadap Ali ialah RM 1138. Tetapi, ada banyak lagi tax rebate yang boleh diambil kira dalam pembayaran cukai;
So, sekarang ni nak tahu bagaimana mahu mengurangkan cukai dan seterusnya menguntungkan anda??
Tunggu next post!
Takaful Consultant ANDA!
Abdul Azim Mad Diah
0134086621
No comments:
Post a Comment